Bismillahirrahmanirrahim.

Hanya aku dan Irah. Membuat aku termangu. Kata kak Pijan, dimana lelaki? Ah, sudah aku berusaha, mencari lelaki untuk mengiringi, namun tidak jumpa. Agak ralat untuk berjalan jauh, dengan keadaan kami hanya berdua. Dan pastinya hanya aku yang memandu=S

Mencari lelaki untuk ke kampung pun sudah cukup susah, apatah lagi untuk dibuat suami. Patutlah  hati itu tertutup. Terus.

Pra Program

Teruskan. Pagi kami bertolak. Semangat ditiup Kak Pijan dan Uda Jali. Pelukan semangat dari Kak Tikah. Rasanya itu sahaja. Acap kali hanya mereka. Bagaimana untuk aku tidak katakan mereka memang sumber kekuatan aku?

Menaiki ‘Jojie’, kami tiba di Kuantan. Jumpa UMP, terus ke UIA. Petang ke KIPSAS bertemu Raihan Izzaty, dan terus membeli barang catering bersama dua rakan baru dari Kuantan, Atikah dan Najihah. Comel sangat budak-budak ni.

3 kemalangan dalam satu petang. Bandar Kuantan memberi aku satu gambaran sedikit tercemar petang itu. Kuantan bandar kemalangan.

Malamnya, kami menghadiri induksi. Rata-rata belum pernah masuk kampung. Makanya, saya menggoreng  menerangkan kepada mereka mengenai pantang larang. Sekali lagi Uda Jalie memberi kekuatan, dan Nasir da Popo juga. Terima kasih.

Penat: Sebab malam sebelumnya tak cukup tidur, tak cukup makan [baca: tak sempat, tengok-tengok nasi yang dibeli dah basi. Dek mengejar masa=S]

Pasca Program

Pagi: Bertolak. Oh, mujur kami ke sana. Pemandunya ingat jalan ke Cameron Highlands. Punahlah harapan untuk membeli sayuran segar dan aneka buah-buahan. Ke Lipis rupanya. Kredit untuk Doc Aishah yang memandu untuk aku yang keletihan, sambil melayan kami berkaraoke. Jojie tiada radio=S

Di Raub, orang lain makan. Kami tak mampu makan. Tidur lebih utama. Dan aku kembali memandu. Di Koyan, ada yang menyiram aku dengan cendol=P Tapi aku tak marah, cuma pasrah. Dah tak mampu untuk berkata apa-apa, dek keletihan. Masuk ke dalam, aku memandu jalan Pak Cik Bas. Tiba di Kg Susu, mereka berjalan ke Leryar. Kami naik Jojie. Hehe.

Petang. Hujan.

Hari Kedua

Apalah malang nasibku, sekali lagi diadik beradik angkatkan dengan Pak Chan Medic. Pasrah=P Bersama Wani dan Kak Yat, pembantu Abg Danny di UIA Kuantan.

Maka, aku sekali lagi riak dan belagak menjadi anak Tok Batin Kg Leryar ya tuan-tuan dan puan-puan=P

Tinggi kan?

Itu di Leryar lama, di mana ada line Celcom di situ, yang membolehkan aku menghantar status FB di Leryar. Tinggi sangat bukit Leryar itu, tidak tertanding Susu dan Teji.

Di Leryar baru:

Oh, penduduk Kg Susu yang tinggal di Leryar pun ada! Di antaranya adalah Elly si budak kecil yang comel itu bersama ameknya. Dan Hamzah.

Hari Ketiga

Destinasi kami ke Kg Susu. Jumpa Amek aku. Jumpa Amek Minah. Jumpa Amek kepada Abe Ah Wat dan adik-adik. Hanya Ah Beng dan Apek Saiful saja yang ada. Lain-lain, ke sekolah.

Selepas ke Susu, ikut Abe ke Menson, ambil adik-adik dari sekolah. Sempat bertemu Ah Mui dan Ah Ling. Comel sangat berpakaian sekolah.

Tengahari. Solat Jumaat. Doc Hafis memandu ‘Jojie’ naik ke Boh, bersama Doc Jepa dan Su.

Kata Amek di Boh,’Mana anak-anak UIA, dah lama tak masuk. Amek ada 5 anak angkat.’ Lalu disebutnya satu persatu. Hanya dua yang aku kenal. Abang Hazrul dan Kak Mid. Kak Mid masih mengutus surat kepadaya. Wah! Mari kita contohi dia!

Pulang ke Leryar, ada Medicteam JHEOA. Terasa rindu kepada Tingkat 4. Aku sempat buat ujian darah. Ada yang buat ujian HIV. Aku tak buat. InsyaAllah tak ada. Bertukar pandangan dan pengalaman dengan bakal doktor, amat menarik perhatian aku.

Petang, kami bertolak ke Teji. Aku, Irah,  membawa Wani dan Farhah, warga UIA Kuantan.

Khabar Teji

1) Kata Amek Shila:”Raihan, bila lagi anak-anak UIA nak datang? Amek-amek dah rindu ni.” Aku lantas menjawab,”Amek, diorang semua pun rindu kat orang kampung.” Tapi jawapan amek mengejutkan aku.”Amek bukan rindu dekat anak-anak, amek rindu nak belajar.” Nah kau, amek tak rindu pun kat kita, hahaha~ Tapi kena highlight kan di situ. Amek rindu nak belajar.

2) Tok Batin agak confuse melihat durian yang banyak diberikan orang kampung kepada kami. Lalu Tok berkata,”Ni macam mana nak bawak ni?” Irah lantas membalas,”Dengan kuasa Allah Tok,” sebenarnya Irah tak ada jawapan kepada soalan Tok itu. Malu nak mintak tolong Yanik, abe Yatim dan Abe Zubir. Balas Tok batin,”Kuasa Allah, ye lah. Kena usaha juga.” Hehe, Tok memang hebat.

3) Datangnya aku ke rumah Amek Shila, amek sedang memasak. Kata Amek,”Nasib baik Irah tak datang, kalau tak, mesti dia minta sikit.” Haha. Kemudian amek meminta aku pulang dulu, kerana ada mesyuarat di rumah Tok Batin. Amek kepada Faisal Hamdi dan Amek kepada Isma [disembunyikan identitinya] berantakan. Mesyuarat dilakukan di rumah Tok Batin untuk menyelesai masalah.Alhamdulillah, selesai.

4) Adik-adik sedang main satu permainan baru. Setiap mereka harus menyumbang 20 sen. Di satu jarak yang ditetapkan, mereka harus membaling syiling itu kedalam lubang. Dan syiling yang masuk, diperoleh mereka. Saya agak keliru di situ untuk menentukan adakah ia judi? Namun sudah saya tegur mereka untuk tidak bermain sebegitu. Kerugian!

5) Khabar Asnizan, sepupu angkatku. Amek kata, ayahnya gembira dengan keputusan keislamannya. Ayahnya juga sudah dua kali berborak dengan aku. Nyata dia gembira. Alhamdulillah=) Boleh baca bagaimana dia Islam di sini. Asni, paling dia ingat adalah aku. Mana mungkin aku tak terharu. Adik sepupu angkatku, semoga hatimu terus menerima Islam. Hidayah yang kau terima, amat menyentuh hati aku!

6) Sempat juga Irah berpesan kepada Abe Yatim, jangan tinggal sembahyang. Lalu kata Abe,”Semalam Dato Razak masuk, dia tanya apa masalah kami. Abe mintak sorang penggerak Melayu yang betul2 tahu. Orang Kampung boleh tolong je, abe nak yang betul2 tahu.” Masya Allah Abe.. T_T

Khabar dari Abu

Tok Batin iaitu abe Jo Johari telah mendapat anak yang ke sepuluh. Nek Batin Amek dinasihatkan untuk makan pil perancang. Anak lelaki beliau bernama Jozanulkarin. Tak sempat aku memberi beberapa nama yang lebih Islamik. Tapi tak apalah abe.

Mungkin itu saja dari saya. Khabar dari semua kampung kita. Tak sempat nak ziarah Selangkar. Kekangan masa. Maaf! Yang nyata, semua mereka bertanya soalan yang sama..

BILA LAGI ANAK-ANAK UIA NAK MASUK?

Bismillahirrahmanirrahim

Panggilan untuk berdakwah dengan tulisan [dakwah bilkitabah] pula.

Hasil perbincangan berhemah, penggabungan idea dan ijma’ para kipas susah mati COMRADE, maka telah ada satu persetujuan untuk menubuhkan satu Sindiket COMRADE yang bergerak untuk mengumpul dan menerbitkan Travelog COMRADE.

Apa itu Travelog COMRADE?

Travelog=Traveller’s Logue. Kisah-kisah menarik sepanjang kita masuk kampung Orang Asli dikumpul dan akan dibukukan.

Cadangan Dari Kak Tikah

1) sapa ada pengalaman menarik, buat macam kisah pendek.. selitkan dgn pengajaran dsb.. rasanya ramai comradean yang leh menulis dgn baik.. blogger pun ramai…
2)kita kumpulkan kisah ini dan kita publishkan…
3)pastu hasilnya nanti, bahagikan pd si penyumbang dgn percentage pada COMRADE sama.

Syarat yang diletakkan oleh Sai (Ashraf Latif)

1. beri pengajaran berguna
2. ditulis dalam bahasa melayu tinggi (tiada perkataan singkatan seperti yang -> yg, dll.
3. kita buat penerbitan secara indie. hasil jualannya 100% ke tabung komrad. penulis akan dapat pahala insya Allah.
4. tulisan saiz 11, font arial, double spacing.
5. Hantarkan kepada –> sai.7th@gmail.com [tajuk email: travelog dakwah]

SEMUA WARGA COMRADEAN DIJEMPUT UNTUK TURUT SERTA, DAN TARIKH TUTUPNYA 21 FEBRUARI 2010. PARA BOARD COMRADE ANDA TERLEBIH AMAT DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT SERTA YA![SAFFUAN SILA AMBIL NOTA] DAN DIMINTA SEMUA MEWARWARKAN PADA ORANG LAIN JUGA YA!

Membaca bait-bait akhir wasiat kak Pijan untuk aku dan Irah, terasa ada benarnya. Semakin tiada lelaki dalam bidang dakwah. Itu pun ada yang masih menidakkan keperluan wanita dalam berdakwah. Ah, persetankan kata-kata tersebut. Cuba mahu mematahkan semangat? Satu jalan tertutup, banyak lagi jalan terbuka untuk kami =P [Jelir lidah untuk yang berkata begitu]

Aku, Kak Pijan, Irah, Kak Engku dan lain-lain dipandang sebagai senior COMRADE. Tapi, perlu diingatkan, kami juga belajar dari bawah. Kami juga seperti yang lain. Pernah mempunyai kesempitan waktu untuk mengurus diri, mengurus pembelajaran, mana lagi nak disiapkan tugasan  dan tanggungjawab untuk kelab. Kami juga melalui masa sibuk. Jangan beralasan anda sibuk. Kerana manusia senantiasa sibuk, bukan kamu sahaja. Orang lain juga sibuk, tapi mampu melakukannya.

Nasir, Jenol, Sharif, Kak Tikah, Mok Ana, antara nama-nama yang berjaya di dalam COMRADE. Tiga nama utama yang pernah mendapat dean list. Kak Tikah dan Mok Ana yang boleh berbangga sebagai Master Holder. Cuba bayangkan betapa bersungguhnya mereka belajar, untuk menjadi seperti itu. Tapi mereka juga bukan sebarang orang di dalam COMRADE. Mereka sering turun padang apabila COMRADE memerlukan.

Irah juga budak dean list. Aku juga pernah [tapi hanya sekali haha]. Halimah Sukor juga seorang yang mempunyai pointer yang agak tinggi. Cuba kira berapa ramai yang meminjam dari JPA. Ramai budak-budak bijak di dalam COMRADE dulu. Tapi, alhamdulillah. Ramai yang turun padang bila diperlukan.

Satunya, yakinlah Allah akan tolong orang-orang yang membantu orang lain.

Keduanya, perjelaskan kepada keluarga, akan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa. Hanya di universiti sahaja kalian akan dapat peluang sebegini. Bila dah berkerjaya, susah untuk mencari masa sebegini.

It’s not that some people have willpower and some don’t. It’s that some people are ready to change and others are not.

Saya mencari seorang pejuang. Bukan hanya sekadar pemenuh aktiviti di kampus. Maaf andai ada yang terasa hati.

Nota Kaki:

1) Mungkin ada yang berkata. Mungkin kerana di dunia ini pun hakikatnya lelaki memang sudah sedikit. Tapi, tak mencapai tahap TAK ADA LANGSUNG kan?

2) Setiap orang punya cara dakwah masing-masing. Saya terima itu. Cuma, jadikan pelajaran nombor 1, tapi dakwah bukan nombor dua.

3) Lalu jika begini keadaannya, wanita terpaksa ke depan. Maka jangan ditanya apa yang anak dara buat malam-malam di tengah hutan. Jika tiada lelaki yang sudi menjalankannya? Ada pilihan lain?

Tambahan dari Sai di Facebook:

Nice. tapi perlu juga diingat, seorang anaki ni, hatta nak pergi berjihad di medan perang (sebaik-baik amalan) pun tak boleh kalau ibu tak benarkan. takkan nak cakap ibu dia tak faham maqasid jihad? :)

4 tahun lalu [2006]

Pertama kali masuk ke Teji, saya sudah terpandang dia. Mungkin wajahnya yang sedikit lain dari anak Semai yang lain. Setelah diselidiki, dia merupakan anak campuran Semai dan Temuan, dan baru berumur 11 tahun. Oh, patutlah. Dia juga merupakan anak saudara kepada amek Ina, ibu angkat saya. Bermakna, saya dan dia adalah sepupu angkat.

Hari-hari program masuk kampung, saya mengajak dia solat bersama-sama. Namun, balasan yang dia berikan,”Saya belum masuk.” Fahamlah saya bahawa dia belum Islam. Namun, jawapan yang dia berikan diabaikan.Namun dia tetap begitu. Tidak akan turut sama solat.

Hari kedua terakhir program tersebut, sesuatu telah berlaku dan amat mengejutkan saya. Dia turut sama melakukan persembahan nasyid, yang sebelum ini dia mengelak jika ada apa-apa aktiviti berkait Islam. Mendengar kalimah Allah didendang keluar dari suaranya, bikin hati saya getar. Subhanallah!

Malam itu, malam bersejarah untuk para peserta Program IPTA COMRADE. Abe Yatim telah menyerahkan anak-anaknya untuk diIslamkan. Mereka mahu memeluk Islam, walau umur mereka masih muda. Hidayah tidak mengenal usia. Alhamdulillah.

Siapakah yang mengambil gambar sekerat ini?

Asnizan memerhati Islam mereka. Lantas dia juga memberitahu bahawa dia juga mahu memeluk Islam. Mendegar permintaannya, Ustaz Zunaidin lantas mencari Tok Batin untuk meminta kebenaran, atau lebih kepada memaklumkan. Ini kerana ibu dan ayah Asnizan tiada di kampung ketika itu. Dia pulang ke Kg Teji hanya untuk menziarahi Jajak [baca: nenek], sempena cuti sekolah.

Kata Tok Batin, mintalah kebenaran kepada Jajak Asnizan. Lalu Ustaz Zunaidin bertemu dengan Jajak. Namun, kebenaran tidak dapat diberikan, kerana kata Jajak, sebaiknya mintalah kepada ayah dan ibunya sendiri.

Pulang dari rumah Jajak Asnizan, aku terpandang dia sedang bermain dengan rakan-raakannya. Lantas kupanggil Ustaz. Kami membawanya ke dalam surau Kg Teji.

(more…)

Dari Kuala Lumpur ke Nice..

Bismillah..

Allah kurniakan kamu umur, sudah 24 tahun umur kamu.. Tanggal 25 Disember dan 1 Januari yang bakal menjelma nanti. [Usah tanya mengapa=p]
Alhamdulillah, atas nikmat pertemuan, terima kasih menjadi penggalak untuk aku lebih mendalami agama (same goes to kak Ili, Kak Qieha, Langbiru dan Abg Sufi)

Semoga Allah memudahkan perjalanan Master kamu.. Cepat pulang, negara memerlukan kamu..

Semoga kaki kita senantiasa terpasak di jalan Allah.. Ameen~

Sanah hilwah untuk seorang sahabat yang dah bertahun tidak ketemu, Wan G el-Faransiy~

Komen: Kamu semakin.. [tanak sambung, haha]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

Insya Allah, rancangan yang dirangka oleh sekumpulan anak muda yang akan memberi sesuatu yang bermanfaat insya Allah untuk penduduk Orang Asli Kg. Teji dan Kg. Abu.

Program dirangka seperti berikut:

Tarikh : 1hb – 3hb Januari 2010
Hari : Jumaat – Ahad

Pengangkutan: Kenderaan Persendirian
Bertolak pergi : Jumaat @ 7am
Bertolak balik : Ahad @ 11am
Tempat : Kg. Teji & Kg. Abu, Cameron Highland, Pahang
Anjuran : ALUMNI COMRADE & Bakal ALUMNI COMRADE

Objektif utama

1) Mengajar Muqaddam kepada semua target group / Insya Allah mengadakan small group binding dan ditetapkan fasilitator untuk lebih fokus mengajar.

2) Ziarah mengeratkan ukhwah

Sehubungan itu, sumbangan/derma dari pihak awam amat diperlukan untuk menjayakan program ini.

Untuk butiran lanjut, boleh hubungi:

Nor Hafizan Mohd Nowawi di
012-2779567 @ 013-2427635

atau
Raihan Farhanah Ahmad di
013-3756416

BENTUK SUMBANGAN/DERMA–> WANG TUNAI DAN MAKANAN

Semoga segala dirancang dipermudahkan oleh Nya..
Doakan bersama..

Kredit: Kak Pijan

Usai Zohor, dari Taman Ilmu, terus ke Ipoh, pernikahan Kak Nana (senior COMRADE).

Baarakallahu lakuma wa jama’a bainakuma fi khair. Ameen

Tak boleh lama-lama, selesai bergambar dan bertelur, perlu gegas, ke Johor. Jam 4.00 pagi, tiba di Kluang.

Alhamdulillah, bertemu dengan Adibah, di kampungnya. Lama berbual dengannya, tapi tak puas!

Hati mahu ke sana lagi, mahu bersamanya. Tapi tak dapat.

Mari sama-sama kita doakan beliau!

Ya Allah, aku mohon kepadaMu, kembalikanlah Adibah seperti dahulu, bahkan lebih baik. Kuatkanlah daya ingatannya.Ameen~

Adibah, orang yang diperlukan agama. Semoga cepat sembuh, sihat, ligat seperti dulu!

Kata guru wanita itu kepada sang pegawai Jabatan.

Saya datang ke Pos Jernang dengan hati yang terluka, tetapi menumpang semangat awak untuk memajukan anak bangsa.

Seakan baru sahaja luka mahu menyembuh, seakan mendapat semangat baru. Tangan dihulur untuk membantu. Tapi..

Entahlah, bila saja terpandang wajah gagah si tua itu, hati sering berkata. Kita sama-sama didalam bidang ini, jagalah hati setiap dari anggota kita. Jangan sampai ada hati lagi yang terluka seperti hati sang tua gagah itu.

Dia: Hmm

Saya: Kenapa?

Dia: Tak sangka. Terkejut. Dia seorang yang kuat, hebat. Tetapi akhirnya dia juga kalah.

Saya: Belum, belum kalah. Cuma tawaqquf katanya.

Dia: Oh, maaf.

Saya rindu kata-kata orang tua itu. Ya, merindui kata-kata penuh hikmahnya, lebih berfaedah dari mendengar kata-kata sia kamu itu.

Salahkah aku mencintai orang yang tulus beriman? Salahkah aku mencintai insan berkualiti yang diperlukan agama? [cinta: kasih kerana Allah. Jika hilang rasa cintanya kepada Allah, usahalah untuk menarinya kembali. Sebagaimana kita tidak mahu diri kita tersasar, begitu juga saudara kita, bukan?]

Ya Allah, kau peliharalah orang-orang yang mencintai agamaMu, biarkan kaki mereka kukuh terpasak dijalanMu.

Ya Allah, peliharalah hatiku dan hatinya, dari kecelaruan. Biarkan ia satu perhentian yang bersifat sementara, bukan selamanya.

Tuhanku, aku mohon kepadaMu, temukanlah kembali diriku dengan semangatku yang hilang ini.

Mungkin kita ini terlalu jauh untuk masuk ke syurga.  Sekurang-kurangnya, moga kerana cinta kita kepada saudara kita, bertemu dan berpisah kerana Allah, kasih kita kepada mukmin yang lain, penyebab kita dapat masuk ke syurga.

Cinta perlu dibuktikan. Cinta kita terhadap mukmin yang lain, bagaimana kita buktikannya, kalau kita tidak berlaku cubit peha kanan, peha kiri terasa. Bukankah ibarat orang mukmin itu, seperti satu tubuh? Bukankah kita tidak beriman selagi kita tidak mencintai orang mukmin yang lain, sebagaimana kita cintakan diri sendiri?

Simpati. Empati.

Kamu yang membaca, cinta saya?

Bismillah..

Nota kepala

1) Posting kali ini, juga jawapan kepada Kak Pijan, kenapa lama tak update blog. Dan boleh dikatakan, posting kali ini is all about kak Pijan=p

2) Berpindah ‘rumah’ akan dilakukan setelah melakukan ‘hijrah’ dan blog ini, mungkin akan dikemaskini, hanya mengenai Orang Asli sahaja.

(more…)

Bismillah..

Dari Allah kita datang. Kepada Allah jua kita kembali. Menerima makluman dari Adil, ketika di Kampung Susu. Adibah kecelakaan jalan raya. Patah dua belah kakinya, tulang pinggul juga.[Adibah merupakan teman lama saya sedari pusat Matrikulasi UIAM lagi]

Itu sahaja maklumat yang kami terima, kerana di Kg Susu tiada liputan telefon. Hanya doa dan solat hajat dari kami bersama-sama dengan penduduk kampung untuk Diba.

Ya Allah, kurniakan Adibah kekuatan untuk menahan kesakitan yang dihadapi. Kurniakan ketabahan. Kurangkanlah penderitaannya ya Allah. Ameen

Adibah, sesiapa yang mengenalinya pasti kagum dengannya. Bahkan saya yang mengenalinya sejak di Matrikulasi UIA amat senang dan segan dengannya. Ketika itu, hanya beberapa orang pelajar BARB ditempatkan di Level 3 untuk kelas kemahiran, termasuk saya dan dia. Peribadi beliau tinggi. Moga Allah memberikan kekuatan kepadanya.

Kepada yang melawat beliau, moga kalian dapat memberi semangat kepadanya, maaf Dibah, Raihan tak dapat bersama-sama kamu ketika ini. Hanya doa yang Raihan kirimkan. InsyaAllah Dibah, Dibah baik, bukan Raihan seorang yang doakan Dibah!

Nota Kaki:

Blog ini bakal saya tinggalkan bersawang. Saya tidak akan tutup, untuk memberi ruang kepada adik-adik mnjadikannya sebagai panduan untuk sebarang aktiviti bersama Orang Asli.

Persekitaran baru, rumah baru. Di mana? Selamat tinggal semua=)

Next Page »